JellyPages.com

Friday, 12 April 2013

Sukan ''Renang"







Renang ialah sejenis senaman yang cemerlang. Oleh sebab ketumpatan tubuh manusia adalah lebih kurang sama dengan ketumpatan air, tubuh disangga oleh air dan oleh itu, tekanan pada sendi dan tulang dikurangkan. Justeru renang sering dipergunakan sebagai senaman untuk pemulihan selepas kecederaan atau untuk mereka yang mengalami kehilangan upaya
Renang rintangan merupakan sejenis senaman renang yang bertujuan untuk latihan. Ia mengekalkan perenang dalam kedudukan yang tetap untuk analisis kuak atau untuk membolehkan renang dilakukan dalam ruang yang terbatas atas alasan olahraga atau terapi. Renang rintangan boleh dilakukan baik dengan menentang arus (sering diistilahkan sebagai mesin renang ) mahupun dengan mengekalkan perenang dalam keadaan pegun melalui ikatan-ikatan kenyal.
Renang ialah sejenis senaman aerobik kerana tempoh senaman ini yang panjang memerlukan bekalan oksigen yang tetap kepada otot, kecuali semasa pecutan singkat yang otot berfungsi secara anaerob sebagaimana dengan kebanyakan senaman aerobik, renang dipercayai mengurangkan kesan te yang kanan buruk.


Sukan Bola Sepak Dunia


BARCELONA – Penolong jurulatih Barcelona, Jordi Roura memuji keazaman Lionel Messi selepas Pemain Terbaik Dunia itu membantu skuad The Catalan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara musim ini.
Barcelona menyingkirkan Paris Saint-Germain (PSG) meskipun kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Nou Camp awal pagi semalam.
Mereka terikat dengan agregat 3-3 tetapi skuad The Catalan mara dengan kelebihan jaringan di tempat lawan selepas seri 2-2 pada aksi suku akhir pertama di Parc des Princes minggu lalu.
Pada perlawanan awal pagi semalam, Barcelona cemas seketika selepas ketinggalan 0-1 hasil jaringan Javier Pastore pada minit ke-50 tetapi Messi yang masuk pada babak kedua berjaya memberi impak, sekali gus membantu pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi Pedro pada minit ke-71.
“Kami memberitahu sebelum ini jika semuanya tidak berjalan dengan baik, Messi akan dimasukkan.
“Messi seorang pemain yang penting dan kehadirannya di atas padang berjaya memberi impak kepada corak permainan, terutamanya selepas kami ketinggalan satu gol.
“Sekali lagi dia membuktikan semangat dan keazaman yang tinggi meskipun masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring.
“Tindakannya itu harus diberi pujian yang tinggi,” kata Roura.
Roura berkata, PSG berjaya menguasai keseluruhan permainan pada babak pertama dan memiliki beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol.
“Sekali lagi kami telah menunjukkan keberanian. Mara ke separuh akhir buat kali keenam berturut-turut adalah suatu pencapaian yang hebat.
“Bagaimanapun, masih ada beberapa perkara yang perlu kami perbaiki tetapi buat masa ini kami mahu meraikan kejayaan ke separuh akhir terlebih dahulu.
“Kami akan berehat beberapa hari sebelum memikirkan tentang strategi untuk menghadapi aksi separuh akhir nanti,” ujar Roura. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0412&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz2QGaRKHJ5 
Hakcipta terpelihara 

Malaysia pilih jumpa Asia (Sukan Badminton)

GANDINGAN Chan Peng Soon (kiri) dan Goh Liu Ying akan terus diberi kepercayaan menggalas cabaran negara dalam acara beregu campuran.

SKUAD negara mempunyai peluang yang lebih cerah untuk melangkah ke final sekiranya diundi menentang Pilihan Bintang Asia (Asia) pada majlis undian aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Piala Axiata 2013 hari ini.
Jurulatih beregu kebangsaan, Paulus Firman berkata, beliau percaya prestasi skuad negara ketika menentang Asia dan Thailand pada peringkat kumpulan boleh dijadikan ‘petunjuk’ untuk aksi akan datang.
Terdahulu, Malaysia sekadar terikat 2-2 dengan Thailand pada aksi kedua kejohanan di Surabaya pada 22 Mac lepas, sebelum bangkit menewaskan Asia dengan keputusan 3-1 sembilan hari kemudian di Kuala Lumpur.
Berdasarkan pencapaian di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras itu, Paulus berkata, beliau berharap undian yang akan dijalankan pada hari ini bakal mempertemukan skuad negara dengan Asia.
“Saya harap Malaysia akan diundi menentang Asia kerana berdasarkan keputusan yang lepas, kami meraih mata yang lebih baik jika dibandingkan ketika menentang Thailand.
“Ini kerana peluang dilihat lebih baik tetapi jika keputusan undian berbeza mereka juga harus beraksi dengan baik supaya dapat mara ke final,” kata Paulus.
Malaysia berada di tangga kedua peringkat kumpulan Piala Axiata selepas meraih 21 mata di belakang Indonesia selaku pemimpin kumpulan dengan 22 mata.
Kedua-dua pasukan ini akan diundi sama ada menentang Thailand (21) atau Asia (16) yang menghuni tempat ketiga dan keempat.
Malaysia menyenaraikan 12 pemain untuk kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$1 juta (RM3.04 juta) itu, antaranya Datuk Lee Chong Wei, Liew Daren, Chong Wei Feng, Sonia Cheah Su Ya, Tee Jing Yi, Koo Kien Keat, Tan Boon Heong, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, Lim Yin Loo, Hoon Thien How dan Tan Wee Kiong.
Begitupun, Chong Wei tidak akan beraksi kerana dia mahu meluangkan masa bersama isterinya, Datin Wong Mew Choo yang dijangka melahirkan anak pertama mereka pada hari ini.
Ketiadaan Chong Wei sekali gus menceriakan pasukan Indonesia, Thailand dan Asia kerana perseorangan lelaki mereka tidak perlu berhadapan dengan jaguh No. 1 dunia itu.
Sementara itu, pengurus pasukan Asia, Greg Kim Hong Gi percaya Indonesia dan Malaysia akan lebih rasa tertekan menjelang aksi separuh akhir esok.
“Saya tidak mahu membebankan pemain-pemain saya dengan tekanan kerana saya yakin yang sedang tertekan bukan kami tetapi pasukan-pasukan lain.
“Bagaimanapun, kami akan lihat dahulu undian itu nanti sama ada bertemu Indonesia atau Malaysia dan kami juga tidak boleh lari daripada kedua-dua pasukan ini,” kata Greg.
Dalam pada itu, Pengarah Hal Ehwal Luar Negeri Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI), Bambang Roedyanto berkata, Indonesia mempunyai peluang mempunyai peluang lebih baik daripada Malaysia.
“Jika kami bertemu Malaysia di final, jadi kami akan cuba untuk memenangi semua perlawanan. Kemenangan beregu Indonesia (Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan) menewaskan Kien Keat-Boon Heong pada Terbuka Australia telah meningkatkan keyakinan kami.
“Kami belum menentukan barisan pemain tetapi saya pasti pemain yang terbaik akan berada di gelanggang,” kata Roedyanto.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0412&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz2QGZhJzbb 
Hakcipta terpelihara